Akan datang suatu zaman kepada manusia orang-orang kaya umatku akan melakukan haji untuk melancong

TEKS BAHASA ARAB

يأتي على الناس زمان ‌يحج ‌أغنياء أمتي للنزهة، وأوساطهم للتجارة وقراؤهم للرياء والسمعة، وفقراؤهم للمسألة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang suatu zaman kepada manusia orang-orang kaya umatku akan melakukan haji untuk melancong, orang-orang pertengahan mereka pula untuk perniagaan, para qari mereka untuk riya’ dan sum’ah (inginkan nama yang baik), dan orang fakir mereka untuk meminta-minta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 733, hadis nombor 3743. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((يأتي على الناس زمان ‌يحج ‌أغنياء أمتي للنزهة، وأوساطهم للتجارة وقراؤهم للرياء والسمعة، وفقراؤهم للمسألة)). [خط، ابن الجوزي في ((منهاج القاصدين))، ((الضعيفة)) (1093)]

(Lemah)
Daripada Anas bin malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan datang suatu zaman kepada manusia orang-orang kaya umatku akan melakukan haji untuk melancong, orang-orang pertengahan mereka pula untuk perniagaan, para qari mereka untuk riya’ dan sum’ah (inginkan nama yang baik), dan orang fakir mereka untuk meminta-minta.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi dalam Minhaj al-Qasidin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1093]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs