Akan datang seorang lelaki yang bernama al-Nu’man Bin Thabit dan digelar Abu Hanifah, agama Allah dan sunnah aku akan hidup di tangannya

TEKS BAHASA ARAB

سيأتي من بعدي رجل يقال له: النعمان بن ثابت ويكنى أبا حنيفة ليحيين دين الله وسنتي على يديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang seorang lelaki yang bernama Al-Nu’man Bin Thabit dan digelar Abu Hanifah, agama Allah dan sunnah aku akan hidup di tangannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1931, hadis nombor 9686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: سيأتي من بعدي رجل يقال له: النُعْمانُ بن ثابت، ويُكْنَى أبا حنيفة؛ لَيَحْيَيَنَّ دينُ الله وسنتي على يَدَيْه. [خط، ((الضعيفة)) (6257)]

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan datang seorang lelaki yang bernama Al-Nu’man Bin Thabit dan digelar Abu Hanifah, agama Allah dan sunnah aku akan hidup di tangannya. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6257]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.