Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيَأتي مِن بَعدي رجُلٌ يُقالَ لَهُ: النُّعمانُ بنُ ثابتٍ ويُكنى أبا حَنيفةَ ليحيِينَّ دينُ اللَّهِ وسُنَّتي على يدَيه.
Teks Bahasa Melayu
Akan datang seorang lelaki yang bernama al-Nu’man Bin Thabit dan digelar Abu Hanifah, agama Allah dan sunnah aku akan hidup di tangannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1931, hadis no. 9686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: سيأتي من بعدي رجل يقال له: النُعْمانُ بن ثابت، ويُكْنَى أبا حنيفة؛ لَيَحْيَيَنَّ دينُ الله وسنتي على يَدَيْه. [خط، ((الضعيفة)) (6257)]
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan datang seorang lelaki yang bernama al-Nu’man Bin Thabit dan digelar Abu Hanifah, agama Allah dan sunnah aku akan hidup di tangannya. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6257]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman