Akan datang satu zaman kezaliman dan kekejaman kepada manusia

TEKS BAHASA ARAB

ليأتين على الناس زمان عضوض، يعض المؤمن على ما في يديه، وينسى الفضل وقد قال الله تعالى: {ولا تنسوا الفضل بينكم}، شرار يبايعون كل مضطر، وقد نهى رسول الله صلى ﷺ عن بيع المضطر، وعن بيع الغرر، فإن كان عندك خير فعد به على أخيك، ولا تزده هلاكا على هلاكه، فإن المسلم أخو المسلم، لا يحزنه، ولا يحرمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pasti akan datang satu zaman yang menggigit (kezaliman dan kekejaman) kepada manusia, orang mukmin akan menggigit apa yang ada di hadapannya dan melupakan kebaikan. Allah Ta’ala berfirman: {Dan janganlah kamu melupakan kebaikan di antara kamu} [Surah al-Baqarah ayat 237]. Orang-orang jahat melakukan jual beli terhadap orang yang terdesak sedangkan Rasulullah SAW telah melarang daripada jual beli orang yang terdesak dan jual beli gharar (tipu). Sekiranya di sisi kamu masih memiliki kebaikan maka sediakanlah untuk saudaranya dan janganlah dia menambah kehancuran demi kehancuran kerana seseorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain, janganlah membuatnya sedih dan jangan juga menghalanginya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1322, hadis nombor 6749. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن علي بن ابي طالب رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال: ليأتين على الناس زمان عضوض، يعض المؤمن على ما في يديه، وينسى الفضل وقد قال الله تعالى: {ولا تنسوا الفضل بينكم}، شرار يبايعون كل مضطر، وقد نهى رسول الله صلى ﷺ عن بيع المضطر، وعن بيع الغرر، فإن كان عندك خير فعد به على أخيك، ولا تزده هلاكا على هلاكه، فإن المسلم أخو المسلم، لا يحزنه، ولا يحرمه.
[رواه ابن مردويه، ((الضعيفة)) (2076)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Pasti akan datang satu zaman yang menggigit (kezaliman dan kekejaman) kepada manusia, orang mukmin akan menggigit apa yang ada di hadapannya dan melupakan kebaikan. Allah Ta’ala berfirman: {Dan janganlah kamu melupakan kebaikan di antara kamu} [Surah al-Baqarah ayat 237]. Orang-orang jahat melakukan jual beli terhadap orang yang terdesak sedangkan Rasulullah SAW telah melarang daripada jual beli orang yang terdesak dan jual beli gharar (tipu). Sekiranya di sisi kamu masih memiliki kebaikan maka sediakanlah untuk saudaranya dan janganlah dia menambah kehancuran demi kehancuran kerana seseorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain, janganlah membuatnya sedih dan jangan juga menghalanginya.
[Riwayat Ibn Mardawaih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2067].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs