Akan datang satu zaman ketika mana umatku menghisap rokok

TEKS BAHASA ARAB

سيأتي على الناس زمان يأكل أمتي الدخان قلوبها سود ووجوهها ناقص وشفتاها أخضر فإنه ذريعة الشيطان من زمان نوح وسقي من بوله من أكله مرة لا يدخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang satu zaman ketika mana umatku menghisap rokok. Hatinya menjadi hitam, wajahnya pucat dan bibirnya menjadi hijau. Inilah cara syaitan semenjak zaman Nuh. Syaitan siram (pokok tersebut) dengan air kencingnya. Sesiapa yang menghisapnya, dia tidak akan masuk syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَمن هَذَا الْقَبِيل أَحَادِيث النَّهْي عَن شرب دُخان التنباك فَإِنِّي رأيتُ فِي رِسَالَة لبَعض مانعيه أَخْبَار منسوبة إِلَى النَّبِي.

Di antara contoh pemalsuan yang dilakukan oleh golongan ini ialah hadis dengan tujuan untuk larangan menghisap daun tembakau. Aku pernah terbaca risalah daripada golongan yang melarang menghisap daun tembakau yang mana ianya dinisbahkan kepada Nabi SAW.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs