TEKS BAHASA ARAB
يأتي على الناس زمان هم فيه ذئاب، فمن لم يكن ذئبا؛ أكلته الذئاب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Akan datang satu zaman kepada manusia, padanya terdapat serigala-serigala. Sesiapa yang tidak menjadi serigala, maka dia akan dimakan oleh serigala-serigala itu.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1973, hadis nombor 9862. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: «يأتي على الناس زمان هم فيه ذئاب، فمن لم يكن ذئبا؛ أكلته الذئاب».
[ابن الجوزي، «الضعيفة» (37)].
(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan datang satu zaman kepada manusia, padanya terdapat serigala-serigala. Sesiapa yang tidak menjadi serigala, maka dia akan dimakan oleh serigala-serigala itu.
[Riwayat Ibn al-Jawziy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 37].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.