TEKS BAHASA ARAB
يأتي على الناس زمان يكون عامتهم يقرأون القرآن، ويجتهدون في العبادة، ويشتغلون بأهل البدع، يشركون من حيث لا يعلمون، يأخذون على قراءتهم وعلمهم الرزق (الأصل: وعليهم الوزر)، يأكلون الدنيا بالدين، هم أتباع الدجال الأعور. قلت: یا رسول الله !كيف ذاك وعندهم القرآن؟ قال: يحرفون تفسير القرآن على ما يريدون کما فعلت اليهود؛ حرفوا التوراة، فضرب الله قلوب بعضهم على بعض ولعنهم على لسان داود و عیسی ابن مریم؛ ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Akan datang pada manusia zaman di mana ramai yang (pandai) membaca al-Quran, dan rajin dalam beribadah, dan mereka sibuk bersama ahli bidaah, mereka mensyirikkan (Allah SWT) tanpa mereka mengetahuinya, mereka mengambil rezeki daripada bacaan (al-Quran) dan ilmu mereka (asal: dan bagi mereka dosa), mereka makan (makanan) dunia dengan (menjual) agama, merekalah pengikut dajjal yang bermata satu.” Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana boleh berlaku sedangkan al-Quran bersama mereka?” Baginda SAW menjawab: “Mereka telah menyeleweng tafsir al-Quran sesuai dengan kemahuan mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh kaum yahudi; mereka menyeleweng Taurat, maka Allah SWT menutup hati masing-masing dan melaknat mereka melalui lisan Nabi Dawud dan Nabi Isa ibn Maryam. Hal itu kerana mereka derhaka dan melampaui batasan”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 529, hadis nombor 2807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه – ، قال: «يأتي على الناس زمان يكون عامتهم يقرأون القرآن، ويجتهدون في العبادة، ويشتغلون بأهل البدع، يشركون من حيث لا يعلمون، يأخذون على قراءتهم وعلمهم الرزق (الأصل: وعليهم الوزر)، يأكلون الدنيا بالدين، هم أتباع الدجال الأعور. قلت: یا رسول الله !كيف ذاك وعندهم القرآن؟ قال: يحرفون تفسير القرآن على ما يريدون کما فعلت اليهود؛ حرفوا التوراة، فضرب الله قلوب بعضهم على بعض ولعنهم على لسان داود و عیسی ابن مریم؛ ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون».
[الإسماعيلي، «الضعيفة» (5988)].
(Palsu) Daripada Ibnu Mas’ud RA, beliau berkata: Akan datang pada manusia zaman di mana ramai yang (pandai) membaca al-Quran, dan rajin dalam beribadah, dan mereka sibuk bersama ahli bidaah, mereka mensyirikkan (Allah SWT) tanpa mereka mengetahuinya, mereka mengambil rezeki daripada bacaan (al-Quran) dan ilmu mereka (asal: dan bagi mereka dosa), mereka makan (makanan) dunia dengan (menjual) agama, merekalah pengikut dajjal yang bermata satu.” Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana boleh berlaku sedangkan al-Quran bersama mereka?” Baginda SAW menjawab: “Mereka telah menyeleweng tafsir al-Quran sesuai dengan kemahuan mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh kaum yahudi; mereka menyeleweng Taurat, maka Allah SWT menutup hati masing-masing dan melaknat mereka melalui lisan Nabi Dawud dan Nabi Isa ibn Maryam. Hal itu kerana mereka derhaka dan melampaui batasan”.
[Riwayat al-Ismā‘īlī dalam kitab Mu‘jam Shuyūkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5988]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.