Akan datang – pada lafaz yang lain: Akan diperlihatkan – amalan-amalan pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

تجيءُ – وفي لفظ: تعرضُ – الأعمال يوم القيامة، فتجيء الصلاة فتقول: یا رب! أنا الصلاة. فيقول: إنك على خير. فتجيءُ الصَّدقةُ فتقول: یا رب! أنا الصدقة. فيقول: إنك على خير. ثم يجيء الصيام فيقول: أي رب! أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك، فيقول الله – عز وجل -: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: یا رب! أنت السلام، وأنا الإسلام. فيقول الله – عز وجل -: إنك على خير، بك اليوم آخذ، وبك أعطي. قال الله – عزَّ وجل – في كتابه: {وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang – pada lafaz yang lain: Akan diperlihatkan – amalan-amalan pada hari kiamat. Maka datang solat lalu berkata: "Wahai Tuhanku! Aku adalah solat". Maka Dia berfirman: "Sesungguhnya engkau dalam kebaikan". Kemudian datang sedekah lalu berkata: "Wahai Tuhanku! Aku adalah sedekah". Maka Dia berfirman: "Sesungguhnya engkau dalam kebaikan". Kemudian datang puasa lalu berkata: "Wahai Tuhanku! Aku adalah puasa". Maka Dia berfirman: "Sesungguhnya engkau dalam kebaikan". Kemudian datang amalan-amalan (lain) seperti yang demikian, maka Dia Azzawajalla berfirman: "Sesungguhnya engkau dalam kebaikan". Lalu datang Islam dan berkata: "Wahai Tuhanku, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, dan aku adalah Islam". Maka Dia Azzawajalla berfirman: "Sesungguhnya engkau dalam kebaikan, pada hari ini Aku terima dengan sebabmu dan Aku kurniakan dengan sebabmu". Allah Azzawajalla berfirman dalam kitab-Nya (al-Quran): "Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 520, hadis nombor 2760. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «تجيءُ – وفي لفظ: تعرضُ – الأعمال يوم القيامة، فتجيء الصلاة فتقول: یا رب! أنا الصلاة. فيقول: إنك على خير. فتجيءُ الصَّدقةُ فتقول: یا رب! أنا الصدقة. فيقول: إنك على خير. ثم يجيء الصيام فيقول: أي رب! أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك، فيقول الله – عز وجل -: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: یا رب! أنت السلام، وأنا الإسلام. فيقول الله – عز وجل -: إنك على خير، بك اليوم آخذ، وبك أعطي. قال الله – عزَّ وجل – في كتابه: {وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ}». [حم، ع، طس، «الضعيفة» (5780)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Akan datang – pada lafaz yang lain: Akan diperlihatkan – amalan-amalan pada hari kiamat. Maka datang solat lalu berkata: "Wahai Tuhanku! Aku adalah solat". Maka Dia berfirman: "Sesungguhnya engkau dalam kebaikan". Kemudian datang sedekah lalu berkata: "Wahai Tuhanku! Aku adalah sedekah". Maka Dia berfirman: "Sesungguhnya engkau dalam kebaikan". Kemudian datang puasa lalu berkata: "Wahai Tuhanku! Aku adalah puasa". Maka Dia berfirman: "Sesungguhnya engkau dalam kebaikan". Kemudian datang amalan-amalan (lain) seperti yang demikian, maka Dia Azzawajalla berfirman: "Sesungguhnya engkau dalam kebaikan". Lalu datang Islam dan berkata: "Wahai Tuhanku, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, dan aku adalah Islam". Maka Dia Azzawajalla berfirman: "Sesungguhnya engkau dalam kebaikan, pada hari ini Aku terima dengan sebabmu dan Aku kurniakan dengan sebabmu". Allah Azzawajalla berfirman dalam kitab-Nya (al-Quran): "Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Abu Ya'la dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5780].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.