Akan datang pada akhir zaman pemimpin yang zalim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سيكون في آخر الزمان أمراء جورة، فمن خاف سيوفهم، وسهمهم، وسوطهم؛ فلا يأمر بالمعروف، ولا ينه عن المنكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang pada akhir zaman pemimpin yang zalim, sesiapa yang takut akan pedang mereka, panah mereka, serta cemeti mereka maka janganlah dia menyuruh kepada yang ma’ruf dan melarang yang munkar.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 857, hadis nombor 4385. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل موضوع) عن زيد بن ثابت -رضي الله عنه- مرفوعا قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((سيكون في آخر الزمان أمراء جورة، فمن خاف سيوفهم، وسهمهم، وسوطهم؛ فلا يأمر بالمعروف، ولا ينه عن المنكر)). [الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، ((الضعيفة)) (6839)].

(Batil Palsu)
Daripada Zaid bin Thabit RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang pada akhir zaman pemimpin yang zalim, sesiapa yang takut akan pedang mereka, panah mereka, serta cemeti mereka maka janganlah dia menyuruh kepada yang ma’ruf dan melarang yang munkar.”
[Riwayat al-Khatib dalam Talkhis al-Mutasyabih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6839].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.