TEKS BAHASA ARAB
يجيء يوم القيامة ناس من المسلمين بذنوب أمثال الجبال، فيغفرها الله لهم، ويضعها على اليهود والنصارى فيما أحسب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Akan datang manusia daripada kalangan muslimin pada hari kiamat dengan dosa setinggi gunung-ganang. Lalu Allah ampuni mereka dan meletakkannya di atas orang Yahudi dan Nasrani, dari apa yang aku hitung.
STATUS
Shadz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 513, hadis nombor 2730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن أبي موسى الأشعري – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ قال: «يجيء يوم القيامة ناس من المسلمين بذنوب أمثال الجبال، فيغفرها الله لهم، ويضعها على اليهود والنصارى فيما أحسب». [م، ((الضعيفة)) (5399)].
(Shadz) Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: Akan datang manusia daripada kalangan muslimin pada hari kiamat dengan dosa setinggi gunung-ganang. Lalu Allah ampuni mereka dan meletakkannya di atas orang Yahudi dan Nasrani, dari apa yang aku hitung. [Riwayat Muslim dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5399].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.