Akan datang kepadaku pada hari Kiamat seorang lelaki tiada padanya kebaikan namun dia mengharapkan syurga

TEKS BAHASA ARAB

يؤتى بالرجل من أمتي يوم القيامة، وماله من حسنة ترجى له الجنة، فيقول الرب تعالى: أدخلوه الجنة؛ فإنه كان يرحم عياله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepadaku pada hari Kiamat seorang lelaki tiada padanya kebaikan namun dia mengharapkan syurga. Lalu Tuhan berkata: Masukkanlah dia ke dalam syurga, kerana dia berlaku hormat kepada keluarganya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 597, hadis nombor 4943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: يؤتى بالرجل من أمتي يوم القيامة، وماله من حسنة ترجى له الجنة، فيقول الرب تعالى: أدخلوه الجنة؛ فإنه كان يرحم عياله.
[الإسماعيلي، خط، ابن جميع في ((معجم شيوخه))، ((الضعيفة)) (5720)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Akan datang kepadaku pada hari Kiamat seorang lelaki tiada padanya kebaikan namun dia mengharapkan syurga. Lalu Tuhan berkata: Masukkanlah dia ke dalam syurga, kerana dia berlaku hormat kepada keluarganya.
[Riwyat al-Isma’iliyy; al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh al-Baghdad dan Ibn Jumai’ dalam Mu’jam Shuyukuh-nya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5720].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs