Akan datang kepada umatku zaman ramainya qurra', sedikitnya para fuqaha, dan ilmu dimatikan

TEKS BAHASA ARAB

سيأتي على أمتي زمان تكثر فيه القراء، وتقل الفقهاء، ويقبض العلم، ويكثر الهرج، قالوا: وما الهرج يا رسول الله؟ قال: القتل بينكم، ثم يأتي بعد ذلك زمان يقرأ القرآن رجال لا يجاوز تراقيهم، ثم يأتي من بعد ذلك زمان يجادل المنافق والكافر المشرك بالله المؤمن بمثل ما يقول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada umatku zaman ramainya al-qurra’ (pembaca al-Quran), sedikitnya para fuqaha’, ilmu dimatikan, banyak berlaku al-Harj. Mereka bertanya: Apakah al-Haraj, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Pembunuhan sesama kamu. Kemudian akan datang zaman selepas ini orang-orang membaca al-Quran namun tidak melepasi tulang-tulang selangka mereka. Kemudian setelah itu akan tiba satu masa di mana orang munafiq dan kafir yang musyrik akan berdebat dengan orang beriman tentang Allah sepertimana yang dia katakan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1331, hadis nombor 6799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: سيأتي على أمتي زمان تكثر فيه القراء، وتقل الفقهاء، ويقبض العلم، ويكثر الهرج، قالوا: وما الهرج يا رسول الله؟ قال: القتل بينكم، ثم يأتي بعد ذلك زمان يقرأ القرآن رجال لا يجاوز تراقيهم، ثم يأتي من بعد ذلك زمان يجادل المنافق والكافر المشرك بالله المؤمن بمثل ما يقول.
[ك، ((الضعيفة)) (3712)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Akan datang kepada umatku zaman ramainya al-qurra’ (pembaca al-Quran), sedikitnya para fuqaha’, ilmu dimatikan, banyak berlaku al-Harj. Mereka bertanya: Apakah al-Haraj, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Pembunuhan sesama kamu. Kemudian akan datang zaman selepas ini orang-orang membaca al-Quran namun tidak melepasi tulang-tulang selangka mereka. Kemudian setelah itu akan tiba satu masa di mana orang munafiq dan kafir yang musyrik akan berdebat dengan orang beriman tentang Allah sepertimana yang dia katakan.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3712]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs