TEKS BAHASA ARAB
سيأتي على الناس زمان يخير فيه الرجل بين العجز والفجور ، فمن أدرك منكم ذلك الزمان؛ فليختر العجز على الفجور.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Akan datang kepada umat manusia satu zaman yang mana akan diberi pilihan kepada seorang lelaki antara kehinaan (dari manusia) kerana enggan melakukan kejahatan dan kejahatan. Sesiapa dari kalangan kamu yang berada pada zaman tersebut, maka pilihlah kehinaan kerana enggan melakukan kejahatan berbanding yang kejahatan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 67, hadis nombor 308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((سيأتي على الناس زمان يخير فيه الرجل بين العجز والفجور، فمن أدرك منكم ذلك الزمان؛ فليختر العجز على الفجور)).
[ك، حم، ع، ((الضعيفة)) (3711)]
(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘:
“Akan datang kepada umat manusia satu zaman yang mana akan diberi pilihan kepada seorang lelaki antara kehinaan (dari manusia) kerana enggan melakukan kejahatan dan kejahatan. Sesiapa dari kalangan kamu yang berada pada zaman tersebut, maka pilihlah kehinaan kerana enggan melakukan kejahatan berbanding yang kejahatan.”
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad dalam Musnadnya, Abū Ya‘lā dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3711).
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.