Akan datang kepada neraka jahanam suatu hari di mana ia seumpama tumbuhan yang kering

TEKS BAHASA ARAB

ليأتين على جهنم يوم كأنها زرع هاج، وآخر تخفق أبوابها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada neraka jahanam suatu hari di mana ia seumpama tumbuhan yang kering, dan yang terakhir bergerak pintunya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 648, hadis nombor 3352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليأتين على جهنم يوم كأنها زرع هاج، وآخر تخفق أبوابها)). [الطبراني في جزء من ((حديثه))، حل، خط، ((الضعيفة)) (607)]

(Batil) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Akan datang kepada neraka jahanam suatu hari di mana ia seumpama tumbuhan yang kering, dan yang terakhir bergerak pintunya.” [Riwayat al-Tabarani dalam sebahagian dari hadisnya, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya’ dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 607]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs