Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيَأْتِيَنَّ على جهنمَ يومٌ تُصَفَّقُ أبوابُها، ما فيها مِن أُمَّةِ مُحَمَّدٍ أَحَدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Akan datang kepada neraka jahanam suatu hari di mana ditutup pintunya, tiada di dalamnya seorangpun daripada umat Nabi Muhammad SAW.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 648, hadis no. 3351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Akan datang kepada neraka jahanam suatu hari di mana ditutup pintunya, tiada di dalamnya seorangpun daripada umat Nabi Muhammad SAW.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 606]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman