TEKS BAHASA ARAB
حديث: يأتي على الناس زمان فيه ذئاب، فمن لم يكن ذئبا أكلته الذئاب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Akan datang kepada manusia suatu zaman yang terdapat serigala pada waktu tersebut. Siapa yang tidak menjadi serigala, nescaya serigala-serigala yang lain akan memakannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 215, hadis nombor 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الطبراني وذكره صاحب المقاصد. وفي إسناده: متروك.
Al-Tabarani meriwayatkannya. Al-Sakhawi ada menyebut di dalam kitabnya al-Maqasid yang mana di dalam sanadnya terdapat perawi yang terlalu dhaif kerana dituduh berdusta.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.