Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ فِيهِ ذِئَابٌ، فَمَنْ لَمْ يَكُنْ ذِئْبًا أَكَلَتْهُ الذِّئَابُ".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Akan datang kepada manusia suatu zaman yang terdapat serigala pada waktu tersebut. Siapa yang tidak menjadi serigala, nescaya serigala-serigala yang lain akan memakannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 215, hadis no. 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الطبراني وذكره صاحب المقاصد. وفي إسناده: متروك.
Al-Tabarani meriwayatkannya. Al-Sakhawi ada menyebut di dalam kitabnya al-Maqasid yang mana di dalam sanadnya terdapat perawi yang terlalu daif kerana dituduh berdusta.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman