Akan datang kepada manusia satu zaman, kebanyakan mereka membaca al-Quran, bersungguh-sungguh dalam beribadah

TEKS BAHASA ARAB

يأتي على اَلنَّاس زمان يكون عامتهم يقرأون القرآن، ويجتهدون في العبادة، ويشتغلون بأهل البدع، يشركون من حيث لا يعلمون، يأخذون على قراءتهم وعلمهم الرزق (الأصل: وعليهم الوزر)، يأكلون الدنيا بالدين، هم أتباع الدجال الأعور. قلت: يا رسول الله! كيف ذاك وعندهم القرآن؟ قال: يحرفون تفسير القرآن على ما يريدون كما فعلت اليهود؛ حرفوا التوراة، فضرب الله قلوب بعضهم على بعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم؛ ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada manusia satu zaman, kebanyakan mereka membaca al-Quran, bersungguh-sungguh dalam beribadah, menyibukkan diri dengan ahli bid‘ah, mensyirikkan dalam keadaan mereka tidak sedar, mengambil upah daripada pembacaan dan ilmu mereka (yang asal: ke atas mereka dosa), memakan dunia dengan hutang, mereka ialah pengikut dajal yang buta sebelah mata. Aku berkata: Wahai Rasulullah SAW! Bagaimana begitu sedangkan mereka mempunyai al-Quran? Baginda menjawab: Mereka merubah makna al-Quran mengikut apa yang mereka kehendaki seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi. Mereka merubah Taurat, maka Allah mencampur adukkan hati sebahagian mereka dengan yang lain dan Allah melaknat mereka atas lisan Daud dan Isa bin Maryam. Ini disebabkan mereka derhaka serta sikap mereka yang melampaui batas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1545, hadis nombor 7845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: ((يأتي على اَلنَّاس زمان يكون عامتهم يقرأون القرآن، ويجتهدون في العبادة، ويشتغلون بأهل البدع، يشركون من حيث لا يعلمون، يأخذون على قراءتهم وعلمهم الرزق (الأصل: وعليهم الوزر)، يأكلون الدنيا بالدين، هم أتباع الدجال الأعور)). قلت: يا رسول الله! كيف ذاك وعندهم القرآن؟ قال: ((يحرفون تفسير القرآن على ما يريدون كما فعلت اليهود؛ حرفوا التوراة، فضرب الله قلوب بعضهم على بعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم؛ ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون)). [الإسماعيلي، ((الضعيفة)) (5988)]

(Palsu)
Daripada Ibn Mas‘ūd RA, baginda bersabda: “Akan datang kepada manusia satu zaman, kebanyakan mereka membaca al-Quran, bersungguh-sungguh dalam beribadah, menyibukkan diri dengan ahli bid‘ah, mensyirikkan dalam keadaan mereka tidak sedar, mengambil upah daripada pembacaan dan ilmu mereka (yang asal: ke atas mereka dosa), memakan dunia dengan hutang, mereka ialah pengikut dajal yang buta sebelah mata”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah SAW! Bagaimana begitu sedangkan mereka mempunyai al-Quran?”. Baginda menjawab: “Mereka merubah makna al-Quran mengikut apa yang mereka kehendaki seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi. Mereka merubah Taurat, maka Allah mencampur adukkan hati sebahagian mereka dengan yang lain dan Allah melaknat mereka atas lisan Daud dan Isa bin Maryam. Ini disebabkan mereka derhaka serta sikap mereka yang melampaui batas”.
[Riwayat al-Ismā‘īlī dalam Mu‘jam Shuyūkhihi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5988]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs