Akan datang kepada manusia satu zaman di mana Ribat yang paling baik adalah Ribat Jeddah

TEKS BAHASA ARAB

حديث : يأتي على الناس زمان يكون أفضل الرباط رباط جدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Akan datang kepada manusia satu zaman di mana Ribat (menjaga perbatasan) yang paling baik adalah Ribat Jeddah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 428, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي، عن ابْنِ عُمَرَ مَرْفُوعًا، وَفِي إِسْنَادِهِ: محمد بن عبد الرحمن البيلماني، وليس بشيء. حدث عن أبيه بمائتي حديث موضوعة.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Umar secara marfu’. Dalam sanadnya ada Muhammad bin Abdul Rahman al-Bailamani, laisa bisyai’. Dia meriwayatkan 200 hadis palsu dari ayahnya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.