Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Akan datang kepada manusia satu zaman di mana Ribat yang paling baik adalah Ribat Jeddah

Teks Bahasa Arab

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَكُونُ أفضل الرباط رباط جُدَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith : Akan datang kepada manusia satu zaman di mana Ribat (menjaga perbatasan) yang paling baik adalah Ribat Jeddah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 428, hadis no. 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي، عن ابْنِ عُمَرَ مَرْفُوعًا، وَفِي إِسْنَادِهِ: محمد بن عبد الرحمن البيلماني، وليس بشيء. حدث عن أبيه بمائتي حديث موضوعة.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Umar secara marfu’. Dalam sanadnya ada Muhammad bin Abdul Rahman al-Bailamani, laisa bisyai’. Dia meriwayatkan 200 hadis palsu dari ayahnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.