Akan datang kepada manusia satu zaman di mana mereka menghirup api daripada daun pokok

TEKS BAHASA ARAB

سيأتي على الناس زمان يشربون النار من ورق الشجر يحصل فيهم ست خصال قلوبهم سوداء ألسنتهم خضر وفمهم رسوق ورغبتهم ناقص وبصرهم قليل يعذبون في القبر أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada manusia satu zaman di mana mereka menghirup api daripada daun pokok. Ada enam tanda pada mereka: Hati mereka hitam, lidah mereka hijau, mulut mereka berbau, keinginan syahwat mereka lemah dan penglihatan mereka menjadi kurang. Mereka akan diazab di dalam kubur selamanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 15-16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن هذا القبيل أحاديث النهي عن شرب دخان التنباك فإني رأيت في رسالة لبعض مانعيه أخبار منسوبة إلى النبي.

Di antara contoh pemalsuan yang dilakukan oleh golongan ini ialah hadis dengan tujuan untuk larangan menghisap daun tembakau. Aku pernah terbaca risalah daripada golongan yang melarang menghisap daun tembakau yang mana ianya dinisbahkan kepada Nabi SAW.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.