Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيأتي عليكم زمانٌ لا يكونُ فيه شَيءٌ أَعَزَّ مِنْ ثلاثةٍ : أَخٍ يُستَأنَسُ به، أو دِرهمٍ حلالٍ، أو سُنةٍ يُعمَلُ بها.
Teks Bahasa Melayu
Akan datang kepada kamu suatu zaman yang tidak ada padanya perkara yang lebih mulia dari 3: Saudara tempat kamu bergantung, dirham yang halal atau sunnah yang diamalkan.
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 609, hadis no. 3166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حذيفة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((سيأتي عليكم زمان لا يكون فيه شيء أعز من ثلاثة: أخ يستأنس به، أو درهم حلال، أو سنة يعمل بها)). [حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3713)].
(Lemah) Daripada Huzaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Akan datang kepada kamu suatu zaman yang tidak ada padanya perkara yang lebih mulia dari 3: Saudara tempat kamu bergantung, dirham yang halal atau sunnah yang diamalkan.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’ dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3713].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman