Akan datang kepada kamu pemimpin yang membuat kemusnahan

TEKS BAHASA ARAB

سيليكم أمراء يفسدون، وما يصلح الله بهم أكثر، فمن عمل منهم بطاعة الله فلهم الأجر، وعليكم الشكر، ومن عمل منهم بمعصية الله فعليهم الوزر، وعليكم الصبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada kamu pemimpin yang membuat kemusnahan, apa yang Allah telah baiki mereka adalah lebih banyak, sesiapa dari kalangan mereka maka mereka akan mendapat ganjaran, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesiapa dari kalangan mereka yang melakukan maksiat kepada Allah maka bagi mereka dosa, dan hendaklah kamu bersabar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 772, hadis nombor 3946. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنها- مرفوعا: «سيليكم أمراء يفسدون، وما يصلح الله بهم أكثر، فمن عمل منهم بطاعة الله فلهم الأجر، وعليكم الشكر، ومن عمل منهم بمعصية الله فعليهم الوزر، وعليكم الصبر». [الداني في «الفتن»، عد «الضعيفة» (1352)]

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’: “Akan datang kepada kamu pemimpin yang membuat kemusnahan, apa yang Allah telah baiki mereka adalah lebih banyak, sesiapa dari kalangan mereka maka mereka akan mendapat ganjaran, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesiapa dari kalangan mereka yang melakukan maksiat kepada Allah maka bagi mereka dosa, dan hendaklah kamu bersabar.” [Riwayat al-Dani dalam al-Fitan, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1352]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs