Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Akan datang kepada kamu hadith-hadith yang berbagai daripadaku

Teks Bahasa Arab

سيَأتيكم عنِّي أحاديثٌ مختَلفةٌ، فما جاءَكُم موافقًا لِكِتابِ اللَّهِ ولسُنَّتي فَهوَ منِّي، وما جاءَكُم مخالفًا لِكِتابِ اللَّهِ ولسُنَّتي فليسَ منِّي.

Teks Bahasa Melayu

Akan datang kepada kamu hadith-hadith yang berbagai daripadaku, mana-mana hadith yang datang kepada kamu menepati Kitab Allah dan Sunnahku, maka ia datang daripadaku dan mana-mana hadith yang datang kepada kamu bercanggah dengan Kitab Allah dan Sunnahku, maka ia bukan datang daripadaku.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1239, hadis no. 6316. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: سيأتيكم عني أحاديث مختلفة، فما جاءكم موافقا لكتاب الله ولسنتي فهو مني، وما جاءكم مخالفا لكتاب الله ولسنتي فليس مني. [عدي، قط، الخطيب في ((الكفاية))، ((الضعيفة)) (1069)]

(Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu': Akan datang kepada kamu hadith-hadith yang berbagai daripadaku, mana-mana hadith yang datang kepada kamu menepati Kitab Allah dan Sunnahku, maka ia datang daripadaku dan mana-mana hadith yang datang kepada kamu bercanggah dengan Kitab Allah dan Sunnahku, maka ia bukan datang daripadaku. [Riwayat Ibn 'Adi, al-Daraqutni, al-Khatib dalam al-Kifayah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1069]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.