Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَيَكُونُ بَعْدِي فِتَنٌ شَدَّادٌ، خَيْرُ النَّاسِ فِيهَا مُسْلِمُو أَهْلِ الْبَوَادِي؛ الَّذِينَ لا يَتَنَدُّونَ مِنْ دِمَاءِ النَّاسِ (وفي رواية: المسلمين) ، وَلا أَمْوَالِهِمْ شَيْئاً.
Teks Bahasa Melayu
Akan berlaku selepasku fitnah (bencana) yang dahsyat, sebaik-baik manusia ketika itu ialah orang Islam daripada kalangan badwi yang tidak mengambil sesuatu daripada darah manusia (dalam riwayat yang lain: orang Islam) dan daripada harta mereka.
Sahabat Perawi
- Abu al-Ghadiah al-Muzani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1554, hadis no. 7879. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الغادية المزني -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((سَيَكُونُ بَعْدِي فِتَنٌ شَدَّادٌ، خَيْرُ النَّاسِ فِيهَا مُسْلِمُو أَهْلِ الْبَوَادِي؛ الَّذِينَ لا يَتَنَدُّونَ مِنْ دِمَاءِ النَّاسِ (وفي رواية: المسلمين) ، وَلا أَمْوَالِهِمْ شَيْئاً)) [طب، طس، وفي ((مسند الشاميين))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6155)]
(Lemah) Daripada Abu al-Ghadiah al-Muzani RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan berlaku selepasku fitnah (bencana) yang dahsyat, sebaik-baik manusia ketika itu ialah orang Islam daripada kalangan badwi yang tidak mengambil sesuatu daripada darah manusia (dalam riwayat yang lain: orang Islam) dan daripada harta mereka.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Awsat, dan dalam Musnad al-Syamiyyin, Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6155]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman