Akan berlaku perutusan yang banyak selepasku, maka beradalah kalian dalam delegasi Khurasan

TEKS BAHASA ARAB

سيكون بعدي بعوث كثيرة، فكونوا في بعث خراسان، ثم انزلوا في مدينة مرو؛ فإنه بناها ذو القرنين ودعا لها بالبركة، ولا يصيب أهلها سوء أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan berlaku perutusan yang banyak selepasku, maka beradalah kalian dalam delegasi Khurasan, kemudian tinggallah kalian dalam bandar Marw, kerana sesungguhnya Dzulqarnayn telah membinanya, dan berdoa baginya (bandar Marw) dengan keberkatan, dan tidak akan ditimpa keburukan pada penduduknya selamanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1841-1842, hadis nombor 9285. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بريدة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((سيكون بعدي بعوث كثيرة، فكونوا في بعث خراسان، ثم انزلوا في مدينة مرو؛ فإنه بناها ذو القرنين ودعا لها بالبركة، ولا يصيب أهلها سوء أبدا)). [حم، عد، ((الضعيفة)) (٣٧١٩)]

(Sangat Lemah) Daripada Buraidah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Akan berlaku perutusan yang banyak selepasku, maka beradalah kalian dalam delegasi Khurasan, kemudian tinggallah kalian dalam bandar Marw, kerana sesungguhnya Dzulqarnayn telah membinanya, dan berdoa baginya (bandar Marw) dengan keberkatan, dan tidak akan ditimpa keburukan pada penduduknya selamanya." [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3719]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs