Akan berlaku perselisihan ketika kematian khalifah, lalu akan keluar seorang lelaki dari Bani Hasyim

TEKS BAHASA ARAB

يكون اختلاف عند موت خليفة، فيخرج رجل من بني هاشم [من المدينة] فيأتي مكة، فيستخرجه الناس من بيته وهو كاره، فيبايعونه بين الركن والمقام، فيجهز إليه جيش من الشام، حتى إذا كانوا بالبيداء؛ خسف بهم، فيأتيه عصائب [أهل] العراق، وأبدال الشام، وينشأ رجل بالشام أخواله (كلب) فيجهز إليه جيش، فيهزمهم الله، فتكون الدبرة عليهم، فذلك يوم (كلب)، الخائب من خاب من غنيمة كلب، فيستفتح الكنوز، ويقسم الأموال، ويلقي الإسلام بجرانه إلى الأرض، فيعيش بذلك سبع سنين، أو قال: تسع سنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan berlaku perselisihan ketika kematian khalifah, lalu akan keluar seorang lelaki dari Bani Hasyim [dari Madinah] kemudian dia mendatangi Mekah, lalu orang ramai mengeluarkannya dari rumahnya dalam keadaan dia tidak menyukai hal itu, manusia kemudiannya berbaiah kepadanya di antara al-Rukun dan juga Maqam Ibrahim. Lalu dipersiapkan tentera dari Syam untuk menentangnya, sehingga apabila mereka sampai di Baida’, mereka (tentera dari Syam) ditenggelamkan (dalam bumi). (Melihatkan hal itu), lalu dia (lelaki dari Bani Hasyim) didatangi oleh kumpulan ahli Iraq dan para wali dari Syam dan seorang lelaki di Syam mengumpulkan bapa-bapa saudaranya (Bani Kalb) lalu dipersiapkan tentera untuk melawannya (yakni: lelaki dari Makkah itu), lalu Allah menghancurkan mereka (tentera al-Kalb), dan mereka dikalahkan, maka itulah Hari (yang dipanggil Hari al-Kalb), orang yang kalah adalah orang yang tidak mendapat harta rampasan (daripada pertempuran al-Kalb). Setelah itu (berlaku), dibukakan khazanah-khazanah, dan diagihkan harta, dan Islam kukuh kedudukannya di muka bumi (ketika itu). Mereka hidup begitu selama 7 tahun, atau baginda berkata: 9 tahun.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 854, hadis nombor 4372. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة -رضي الله عنها- قالت: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((يكون اختلاف عند موت خليفة، فيخرج رجل من بني هاشم [من المدينة] فيأتي مكة، فيستخرجه الناس من بيته وهو كاره، فيبايعونه بين الركن والمقام، فيجهز إليه جيش من الشام، حتى إذا كانوا بالبيداء؛ خسف بهم، فيأتيه عصائب [أهل] العراق، وأبدال الشام، وينشأ رجل بالشام أخواله (كلب) فيجهز إليه جيش، فيهزمهم الله، فتكون الدبرة عليهم، فذلك يوم (كلب)، الخائب من خاب من غنيمة كلب، فيستفتح الكنوز، ويقسم الأموال، ويلقي الإسلام بجرانه إلى الأرض، فيعيش بذلك سبع سنين، أو قال: تسع سنين)). [طس، ((الضعيفة)) (6484)].

(Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA beliau berkata: Akan berlaku perselisihan ketika kematian khalifah, lalu akan keluar seorang lelaki dari Bani Hasyim [dari Madinah] kemudian dia mendatangi Mekah, lalu orang ramai mengeluarkannya dari rumahnya dalam keadaan dia tidak menyukai hal itu, manusia kemudiannya berbaiah kepadanya di antara al-Rukun dan juga Maqam Ibrahim. Lalu dipersiapkan tentera dari Syam untuk menentangnya, sehingga apabila mereka sampai di Baida’, mereka (tentera dari Syam) ditenggelamkan (dalam bumi). (Melihatkan hal itu), lalu dia (lelaki dari Bani Hasyim) didatangi oleh kumpulan ahli Iraq dan para wali dari Syam dan seorang lelaki di Syam mengumpulkan bapa-bapa saudaranya (Bani Kalb) lalu dipersiapkan tentera untuk melawannya (yakni: lelaki dari Makkah itu), lalu Allah menghancurkan mereka (tentera al-Kalb), dan mereka dikalahkan, maka itulah Hari (yang dipanggil Hari al-Kalb), orang yang kalah adalah orang yang tidak mendapat harta rampasan (daripada pertempuran al-Kalb). Setelah itu (berlaku), dibukakan khazanah-khazanah, dan diagihkan harta, dan Islam kukuh kedudukannya di muka bumi (ketika itu). Mereka hidup begitu selama 7 tahun, atau baginda berkata: 9 tahun.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6484].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

lalu mendatangi Mekah]

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs