Akan berlaku pada akhir zaman di mana para pemimpin melakukan kezaliman

TEKS BAHASA ARAB

حديث: سيكون في آخر الزمان أمراء جورة. فمن خاف سوطهم وسيفهم فلا يأمرهم ولا ينهاهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Akan berlaku pada akhir zaman para pemimpin melakukan kezaliman. Maka barangsiapa yang takut kepada kuasa dan senjata mereka, janganlah menyuruh dan jangan pula menghalang mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 210, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: كذاب.

Pada sanadnya terdapat perawi yang membohong.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs