TEKS BAHASA ARAB
ستكون فتنة لا يهدأ منها جانب، إلا جاش منها جانب، حتى ينادي مناد من السماء: إن أميركم فلان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Akan berlaku fitnah (bencana) yang menyebabkan orang yang dekat dengannya tidak merasa tenang melainkan orang yang berada dekat merasa ketakutan hinggalah penyeru menyeru daripada langit: Sesungguhnya pemimpin kamu adalah si fulan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1389, hadis nombor 7055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن طلحة بن عبيد الله رضي الله عنه، قال: قال رسول صلى الله عليه وسلم: ستكون فتنة لا يهدأ منها جانب، إلا جاش منها جانب، حتى ينادي مناد من السماء: إن أميركم فلان.
[طس، ((الضعيفة)) (6601)]
(Lemah)
Daripada Talhah bin ‘Ubaidillah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Akan berlaku fitnah (bencana) yang menyebabkan orang yang dekat dengannya tidak merasa tenang melainkan orang yang berada dekat merasa ketakutan hinggalah penyeru menyeru daripada langit: Sesungguhnya pemimpin kamu adalah si fulan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6601]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.