Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Akan berlaku fitnah (bencana), golongan yang paling selamat ketika itu adalah tentera barat

Teks Bahasa Arab

تكونُ فتنةٌ أسلم الناسُ فيها الجندَ الغربيَّ: يعني في مصرَ.

Teks Bahasa Melayu

Akan berlaku fitnah (bencana), golongan yang paling selamat ketika itu adalah tentera barat. Maksudnya di Mesir.

Sahabat Perawi

  1. Amr bin Hamiq RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1379, hadis no. 7017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمرو بن الحمق رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تكون فتنة أسلم الناس فيها الجند الغربي: يعني في مصر. [البزار، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6474)]

(Munkar) Daripada 'Amr bin al-Hamiq RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Akan berlaku fitnah (bencana), golongan yang paling selamat ketika itu adalah tentera barat. Maksudnya di Mesir. [Riwayat al-Bazzar dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6474]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.