Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Akan berlaku di akhir zaman orang banyak beribadah lagi jahil serta pembaca al-Quran yang fasik

Teks Bahasa Arab

يكونُ في آخِرِ الزمانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ، وقُرَّاءُ فَسَقَةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Akan berlaku di akhir zaman orang banyak beribadah lagi jahil serta pembaca al-Quran yang fasik.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1973, hadis no. 9864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏موضوع) ‏ ‏عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: «يكون في آخر الزمان عباد جهال، وقراء ‏فسقة». [‏ابن حبان في «المجروحين»، حل، فر، الآجري ‏في «أخلاق العلماء»، «الضعيفة» (447)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan berlaku di akhir zaman orang banyak beribadah lagi jahil serta pembaca al-Quran yang fasik. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu Nu‘aim dalam Al-Hilyah, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Ajurri dalam Akhlak al-‘Ulama’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 447].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.