Akan berlaku bunyi guruh pada bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

تكون هدة في شهر رمضان، توقظ النائم، وتفزع اليقظان، ثم تظهر عصابة في شوال، ثم تكون معمعة في ذي القعدة، ثم يسلب الحاج في ذي الحجة، ثم تنتهك المحارم في المحرم، ثم يكون موت في صفر، ثم تتنازع القبائل في الربيع، ثم العجب كل العجب، بين جمادى ورجب، ثم ناقة مقتبة خير من دسكرة، تقل مائة ألف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan berlaku bunyi guruh (sesuatu yang jatuh dari langit) pada bulan Ramadan, ia membangunkan orang yang tidur, menakutkan orang yang terjaga, kemudian muncul gerombolan pada bulan Syawal, kemudian akan berlaku huru-hara pada bulan Zulkaedah, kemudian orang-orang yang menunaikan haji akan dirompak (diganggu) pada bulan Zulhijjah, kemudian larangan-larangan akan dilanggar pada bulan Muharam, kemudian akan berlaku kematian pada bulan Safar, kemudian kabilah-kabilah akan berpecah belah pada musim bunga, kemudian akan berlaku kejutan yang sangat besar antara Jamadil Akhir dan Rejab. Kemudian unta betina yang bongkok lebih baik berbanding desa kecil yang kurang 100 ribu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1379, hadis nombor 7018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تكون هدة في شهر رمضان، توقظ النائم، وتفزع اليقظان، ثم تظهر عصابة في شوال، ثم تكون معمعة في ذي القعدة، ثم يسلب الحاج في ذي الحجة، ثم تنتهك المحارم في المحرم، ثم يكون موت في صفر، ثم تتنازع القبائل في الربيع، ثم العجب كل العجب، بين جمادى ورجب، ثم ناقة مقتبة خير من دسكرة، تقل مائة ألف.
[نعيم بن حماد في ((الفتن))، ك، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6178)]

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Akan berlaku bunyi guruh (sesuatu yang jatuh dari langit) pada bulan Ramadan, ia membangunkan orang yang tidur, menakutkan orang yang terjaga, kemudian muncul gerombolan pada bulan Syawal, kemudian akan berlaku huru-hara pada bulan Zulkaedah, kemudian orang-orang yang menunaikan haji akan dirompak (diganggu) pada bulan Zulhijjah, kemudian larangan-larangan akan dilanggar pada bulan Muharam, kemudian akan berlaku kematian pada bulan Safar, kemudian kabilah-kabilah akan berpecah belah pada musim bunga, kemudian akan berlaku kejutan yang sangat besar antara Jamadil Akhir dan Rejab. Kemudian unta betina yang bongkok lebih baik berbanding desa kecil yang kurang 100 ribu.
[Riwayat Nu'aim Ibn Hammad dalam al-Fitan, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6178]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs