Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تكون هدَّةٌ في شهر رمضان، توقِظُ النائم، وتُفزع اليقظان، تم تظهر عصابة في شوال، ثم تكون معمعة في ذي القعدة، ثم يُسلب الحاج في ذي الحجة، ثم تنتهك المحارم في المُحرم، ثم يكون موت في صَفَرٍ، ثم تتنازع القبائل في الربيع، ثم العجب كل العجب، بين جمادى ورجب، ثم ناقة مُقْتَبَة خير من دَسْكَرةٍ، تُقِلُّ مائة ألف.
Teks Bahasa Melayu
Akan berlaku bunyi guruh (sesuatu yang jatuh dari langit) pada bulan Ramadan, ia membangunkan orang yang tidur, menakutkan orang yang terjaga, kemudian muncul gerombolan pada bulan Syawal, kemudian akan berlaku huru-hara pada bulan Zulkaedah, kemudian orang-orang yang menunaikan haji akan dirompak (diganggu) pada bulan Zulhijjah, kemudian larangan-larangan akan dilanggar pada bulan Muharam, kemudian akan berlaku kematian pada bulan Safar, kemudian kabilah-kabilah akan berpecah belah pada musim bunga, kemudian akan berlaku kejutan yang sangat besar antara Jamadil Akhir dan Rejab. Kemudian unta betina yang bongkok lebih baik berbanding desa kecil yang kurang 100 ribu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1379, hadis no. 7018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تكون هدة في شهر رمضان، توقظ النائم، وتفزع اليقظان، ثم تظهر عصابة في شوال، ثم تكون معمعة في ذي القعدة، ثم يسلب الحاج في ذي الحجة، ثم تنتهك المحارم في المحرم، ثم يكون موت في صفر، ثم تتنازع القبائل في الربيع، ثم العجب كل العجب، بين جمادى ورجب، ثم ناقة مقتبة خير من دسكرة، تقل مائة ألف. [نعيم بن حماد في ((الفتن))، ك، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6178)]
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Akan berlaku bunyi guruh (sesuatu yang jatuh dari langit) pada bulan Ramadan, ia membangunkan orang yang tidur, menakutkan orang yang terjaga, kemudian muncul gerombolan pada bulan Syawal, kemudian akan berlaku huru-hara pada bulan Zulkaedah, kemudian orang-orang yang menunaikan haji akan dirompak (diganggu) pada bulan Zulhijjah, kemudian larangan-larangan akan dilanggar pada bulan Muharam, kemudian akan berlaku kematian pada bulan Safar, kemudian kabilah-kabilah akan berpecah belah pada musim bunga, kemudian akan berlaku kejutan yang sangat besar antara Jamadil Akhir dan Rejab. Kemudian unta betina yang bongkok lebih baik berbanding desa kecil yang kurang 100 ribu. [Riwayat Nu'aim Ibn Hammad dalam al-Fitan, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6178]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman