Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Akan ada unta untuk para syaitan dan akan ada rumah untuk para syaitan

Teks Bahasa Arab

تكونُ إِبِلٌ للشياطينِ، وبيوتٌ للشياطينِ، فأما إِبِلُ الشياطينِ، فقد رأيتُها، يخرجُ أحدُكم بجُنَيْباتٍ معه قد أسْمَنَها، فلا يَعْلُو بعيرًا منها، ويَمُرُّ بأخيه قد انقطع به، فلا يَحْمِلُه . وأما بيوتُ الشياطينِ، فلم أَرَها.

Teks Bahasa Melayu

Akan ada unta untuk para syaitan dan akan ada rumah untuk para syaitan. Unta syaitan itu sesungguhnya aku telah melihatnya. Salah seorang daripada kalian keluar membawa sisi unta-untanya yang telah digemukkan, namun satu pun tidak ditungganginya dan dia melalui saudaranya yang kehabisan bekal, namun dia tidak menumpangkannya. Manakala rumah syaitan pula belum aku lihat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 983, hadis no. 5069. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((تكون إبل ‌للشياطين، وبيوت ‌للشياطين، فأما إبل الشياطين، فقد رأيتها، يخرج أحدكم بجنيبات معه قد أسمنها، فلا يعلو بعيرا منها، ويمر بأخيه قد انقطع به، فلا يحمله. وأما بيوت الشياطين؛ فلم أرها)). [د، ((الضعيفة)) (2303)]

(Dhaif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW, ((Akan ada unta untuk para syaitan dan akan ada rumah untuk para syaitan. Unta syaitan itu sesungguhnya aku telah melihatnya. Salah seorang daripada kalian keluar membawa sisi unta-untanya yang telah digemukkan, namun satu pun tidak ditungganginya dan dia melalui saudaranya yang kehabisan bekal, namun dia tidak menumpangkannya. Manakala rumah syaitan pula belum aku lihat.)) [Sunan Abu Dawud. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2303]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.