Akan ada suatu kaum mengambil tanah kesan tapak kaki Ali untuk mengambil berkat

TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده! لولا أن يقول فيك طوائف من أمتي ما قالت النصارى في عيسى بن مريم؛ لقلت فيك اليوم مقالا: لا تمر بأحد من المسلمين إلا أخذ التراب من أثر قدميك، يطلبون به البركة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi jiwaku di tangan-Nya! Kalaulah bukan kerana akan disebutkan kepadamu oleh segolongan dari umatku apa yang disebutkan oleh orang Nasrani pada Isa Ibn Maryam, nescaya aku akan berkata kepadamu sesuatu, tidaklah kamu melalui/melintasi seseorang dari kaum Muslimin melainkan dia akan mengambil tanah dari kesan tapak kakimu untuk tujuan mengambil keberkatan.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 848 – 849, hadis nombor 4351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((والذي نفسي بيده! لولا أن يقول فيك طوائف من أمتي ما قالت النصارى في عيسى بن مريم؛ لقلت فيك اليوم مقالا، لا تمر بأحد من المسلمين إلا أخذ التراب من أثر قدميك، يطلبون به البركة)). [طب، ((الضعيفة)) (5592)].

(Palsu)
Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Demi jiwaku di tangan-Nya! Kalaulah bukan kerana akan disebutkan kepadamu oleh segolongan dari umatku apa yang disebutkan oleh orang Nasrani pada Isa Ibn Maryam, nescaya aku akan berkata kepadamu sesuatu, tidaklah kamu melalui/melintasi seseorang dari kaum Muslimin melainkan dia akan mengambil tanah dari kesan tapak kakimu untuk tujuan mengambil keberkatan.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5592]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs