Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
والَّذي نَفسي بيدِهِ ! لَولا أن يقولَ فيكَ طَوائفُ مِن أمَّتي ما قالتِ النَّصارَى في عيسَى ابنِ مريمَ لقُلتُ فيكَ اليَومَ مقالًا: لا تمرُّ بأحدٍ منَ المسلمينَ إلَّا أخذَ التُّرابَ مِن أثَرِ قدمَيكَ يَطلبونَ بهِ البرَكةَ.
Teks Bahasa Melayu
Demi jiwaku di tangan-Nya! Kalaulah bukan kerana akan disebutkan kepadamu oleh segolongan dari umatku apa yang disebutkan oleh orang Nasrani pada Isa Ibn Maryam, nescaya aku akan berkata kepadamu sesuatu, tidaklah kamu melalui/melintasi seseorang dari kaum Muslimin melainkan dia akan mengambil tanah dari kesan tapak kakimu untuk tujuan mengambil keberkatan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 848 - 849, hadis no. 4351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Demi jiwaku di tangan-Nya! Kalaulah bukan kerana akan disebutkan kepadamu oleh segolongan dari umatku apa yang disebutkan oleh orang Nasrani pada Isa Ibn Maryam, nescaya aku akan berkata kepadamu sesuatu, tidaklah kamu melalui/melintasi seseorang dari kaum Muslimin melainkan dia akan mengambil tanah dari kesan tapak kakimu untuk tujuan mengambil keberkatan.” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5592]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman