Akan ada seorang lelaki dalam kalangan umat aku yang disebut Silah Bin Ashyam

TEKS BAHASA ARAB

يكون في أمتي رجل – يقال له: صلة بن أشيم – يدخل الجنة بشفاعته كذا وكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan ada seorang lelaki dalam kalangan umat aku yang disebut Silah Bin Ashyam. Orang yang sekian dan sekian akan masuk ke dalam syurga dengan syafaat beliau.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1899 hadis nombor 9548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالرحمن بن يزيد بن جابر، قال: بلغنا أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – كان يقول: يكون في أمتي رجل – يقال له: صلة بن أشيم – يدخل الجنة بشفاعته كذا وكذا.
[الفسوي، ابن سعد، حل، ((الضعيفة)) (5497)]

(Lemah)
Daripada Abdurrahman Bin Yazid Bin Jabir, beliau berkata: Kami diberitahu bahawa Rasulullah SAW bersabda: Akan ada seorang lelaki dalam kalangan umat saya yang disebut Silah Bin Ashyam. Orang yang sekian dan sekian akan masuk ke dalam syurga dengan syafaat beliau.
[Riwayat al-Fasawi, Ibn Sa’d dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5497]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs