Akan ada selepas kewafatanku para perawi yang meriwayatkan hadith daripadaku

TEKS BAHASA ARAB

إنها تكون بعدي رواة يروون عني الحديث، فاعرضوا حديثهم على القرآن، فما وافق القرآن فخذوا به، وما لم يوافق القرآن فلا تأخذوا به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya akan ada selepas kewafatanku para perawi yang meriwayatkan hadith daripadaku, maka bentangkanlah hadith mereka terhadap al-Qur’an, mana-mana hadith yang menepati al-Qur’an maka kamu ambillah dan mana-mana hadith yang tidak menepati al-Qur’an maka janganlah kamu ambil.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1238 -1239, hadis nombor 6314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: إنها تكون بعدي رواة يروون عني الحديث، فاعرضوا حديثهم على القرآن، فما وافق القرآن فخذوا به، وما لم يوافق القرآن فلا تأخذوا به.
[قط، الهروي في ((ذم الكلام))، ((الضعيفة)) (1087)]

(Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’: Sesungguhnya akan ada selepas kewafatanku para perawi yang meriwayatkan hadith daripadaku, maka bentangkanlah hadith mereka terhadap al-Qur’an, mana-mana hadith yang menepati al-Qur’an maka kamu ambillah dan mana-mana hadith yang tidak menepati al-Qur’an maka janganlah kamu ambil.
[Riwayat al-Daraqutni, al-Harawiy dalam ((Zam al-Kalam)). Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1087]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs