Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنها تكونُ بعدي رواةٌ يَرْوُونَ عني الحديثَ، فاعرِضوا حديثَهم على القرآنِ، فما وافق القرآنَ فَخُذوا به، وما لم يُوافِقِ القرآنَ فلا تأخذوا به.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya akan ada selepas kewafatanku para perawi yang meriwayatkan hadith daripadaku, maka bentangkanlah hadith mereka terhadap al-Qur'an, mana-mana hadith yang menepati al-Qur'an maka kamu ambillah dan mana-mana hadith yang tidak menepati al-Qur'an maka janganlah kamu ambil.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1238 -1239, hadis no. 6314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: إنها تكون بعدي رواة يروون عني الحديث، فاعرضوا حديثهم على القرآن، فما وافق القرآن فخذوا به، وما لم يوافق القرآن فلا تأخذوا به. [قط، الهروي في ((ذم الكلام))، ((الضعيفة)) (1087)]
(Lemah) Daripada 'Ali bin Abi Talib RA secara marfu': Sesungguhnya akan ada selepas kewafatanku para perawi yang meriwayatkan hadith daripadaku, maka bentangkanlah hadith mereka terhadap al-Qur'an, mana-mana hadith yang menepati al-Qur'an maka kamu ambillah dan mana-mana hadith yang tidak menepati al-Qur'an maka janganlah kamu ambil. [Riwayat al-Daraqutni, al-Harawiy dalam ((Zam al-Kalam)). Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1087]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman