Akan ada satu kaum pada akhir zaman yang digelar al-Rafidah

TEKS BAHASA ARAB

يكون في آخر الزمان قوم ينبزون: الرافضة؛ يرفضون الإسلام ويلفظونه، فاقتلوهم فإنهم مشركون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan ada satu kaum pada akhir zaman yang digelar al-Rafidah. Mereka menolak Islam dan melafazkannya. Bunuh mereka kerana mereka adalah orang musyrik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1945, hadis nombor 9745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: يكون في آخر الزمان قوم يُنْبَزُون: الرافضة؛ يَرْفضون الإسلام ويَلفِظونه، فاقتلوهم فإنهم مشركون.
[عبد بن حميد، ابن أبي عاصم، ع، عق، البيهقي في ((الدلائل))، عد، طب، حل، ابن الجوزي في ((العلل))، (الضعيفة) (6267)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan ada satu kaum pada akhir zaman yang digelar al-Rafidah. Mereka menolak Islam dan melafazkannya. Bunuh mereka kerana mereka adalah orang musyrik.
[Riwayat Imam Abdul bin Hamid dalam Muntahab fi Musnad, Imam Ibnu ‘Asim dalam Sunnah, Imam Abu Ya’la dan Imam Uqaili dalam Dhu’afa, Imam Baihaqi dalam Dalail, Imam Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Imam Thabrani dalam Mu’jam Kabir serta Imam Abu Nu'aim dalam kitab al-Hilyah, dari jalan Imam Ibn Jauzi dalam ‘Ilal. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6267]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs