Akan ada golongan dalam kalangan umat aku yang tetap zahir di atas agama

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم؛ إلا ما أصابهم من لأواء؛ حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك. قالوا: يا رسول الله! وأين هم؟ قال: ببيت المقدس، وأكناف بيت المقدس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan ada golongan dalam kalangan umat aku yang tetap zahir di atas agama. Mereka keras terhadap musuh mereka. Orang yang menyanggahi mereka tidak memberi mudarat kepada mereka melainkan jika mereka ditimpa kesempitan dan kesakitan sehingga datang ketentuan Allah dalam keadaan mereka masih seperti itu. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, mereka ini berada di mana? Nabi SAW menjawab: Di Baitul Maqdis dan penjuru Baitul Maqdis.

STATUS

Munkar dengan lafaz selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1917 hadis nombor 9630. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم؛ إلا ما أصابهم من لأواء؛ حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك. قالوا: يا رسول الله! وأين هم؟ قال: ببيت المقدس، وأكناف بيت المقدس.
[حم، ((الضعيفة)) (5849)]

(Munkar dengan lafaz selengkap ini)
Akan ada golongan dalam kalangan umat aku yang tetap zahir di atas agama. Mereka keras terhadap musuh mereka. Orang yang menyanggahi mereka tidak memberi mudarat kepada mereka melainkan jika mereka ditimpa kesempitan dan kesakitan sehingga datang ketentuan Allah dalam keadaan mereka masih seperti itu. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, mereka ini berada di mana? Nabi SAW menjawab: Di Baitul Maqdis dan penjuru Baitul Maqdis.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5849]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs