Akan ada di akhir zaman satu kaum yang digelar Rafidhah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يكون في آخر الزمان قوم ينبزون الرافضة يرفضون الإسلام ويلفظونه فاقتلوهم فإنهم مشركون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan ada di akhir zaman satu kaum yang digelar Rafidhah; mereka menolak Islam walaupun mereka melafazkannya. Maka kalian bunuhlah mereka kerana sesungguhnya mereka musyrik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 559, hadis nombor 2904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يكون في آخر الزمان قوم ينبزون: الرافضة؛ يرفضون الإسلام ويلفظونه، فاقتلوهم فإنهم مشركون)).
[عبد بن حميد، ابن أبي عاصم، عق، البيهقي في ((الدلائل))، طب، حل، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6267)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan ada di akhir zaman satu kaum yang digelar Rafidhah; mereka menolak Islam walaupun mereka melafazkannya. Maka kalian bunuhlah mereka kerana sesungguhnya mereka musyrik.”
[Riwayat Abd bin Humayd, Ibn Abi ‘Asim dalam kitab al-Sunnah, al-‘Uqaili dalam kitab al-Du‘afa al-Kabir, al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah, al-Tabarani al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu‘aim dalam kitab al-Hilyah, dan Ibn al-Jauzi dalam kitab al-‘Ilal. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6267]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.