Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يكونُ في آخِرِ الزمانِ قومٌ يَنْبُزُونَ الرافضةَ يَرْفُضون الإسلامَ ويَلْفُظونه فاقتلوهم فإنهم مشركون.
Teks Bahasa Melayu
Akan ada di akhir zaman satu kaum yang digelar Rafidhah; mereka menolak Islam walaupun mereka melafazkannya. Maka kalian bunuhlah mereka kerana sesungguhnya mereka musyrik.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 559, hadis no. 2904.
(ضعيف) عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يكون في آخر الزمان قوم ينبزون: الرافضة؛ يرفضون الإسلام ويلفظونه، فاقتلوهم فإنهم مشركون)). [عبد بن حميد، ابن أبي عاصم، عق، البيهقي في ((الدلائل))، طب، حل، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6267)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan ada di akhir zaman satu kaum yang digelar Rafidhah; mereka menolak Islam walaupun mereka melafazkannya. Maka kalian bunuhlah mereka kerana sesungguhnya mereka musyrik.” [Riwayat Abd bin Humayd, Ibn Abi ‘Asim dalam kitab al-Sunnah, al-‘Uqaili dalam kitab al-Du‘afa al-Kabir, al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah, al-Tabarani al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu‘aim dalam kitab al-Hilyah, dan Ibn al-Jauzi dalam kitab al-‘Ilal. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6267]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman