Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Akan ada dari kalangan anak cucu al-Abbas yang menjadi raja di mana mereka menguruskan urusan umatku

Teks Bahasa Arab

ليكونن في ولد العباس ملوك يلون أمر أمتي يعز الله عز وجل بهم الدين.

Teks Bahasa Melayu

Akan ada dari kalangan anak cucu al-Abbas yang menjadi raja di mana mereka menguruskan urusan umatku. Allah SWT akan memuliakan agama dengan adanya mereka.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1002, hadis no. 5163. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما مرفوعا: ليكونن في ولد العباس ملوك يلون أمر أمتي يعز الله عز وجل بهم الدين. [الدارقطني في الأفراد، الضعيفة (4696)].

(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan ada dari kalangan anak cucu al-Abbas yang menjadi raja di mana mereka menguruskan urusan umatku. Allah SWT akan memuliakan agama dengan adanya mereka. [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4396].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.