Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
علموا نساءَكم سورةَ الوَاقِعَةِ؛ فإنَّها سورةُ الغنى.
Teks Bahasa Melayu
Ajarkanlah wanita kalian surah al-Waqi’ah; kerana sesungguhnya surah itu memberi kekayaan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 955, hadis no. 4929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: علموا نساءكم سورة (الواقعة)، فإنها سورة الغنى. [فر، الضعيفة(5668)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Anas RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Ajarkanlah wanita kalian surah al-Waqi’ah; kerana sesungguhnya surah itu memberi kekayaan. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5668].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman