Ajarkanlah kepada para wanita pintalan dan surah al-Nur

TEKS BAHASA ARAB

لا تسكنوهن الغرف، ولا تعلموهن الكتابة، وعلموهن المغزل وسورة النور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu biarkan mereka (para wanita) di dalam bilik dan janganah juga kamu mengajar mereka menulis, sebaliknya ajarkanlah kepada mereka pintalan dan surah al-Nur.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1247, hadis nombor 6365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: لا تسكنوهن الغرف، ولا تعلموهن الكتابة، وعلموهن المغزل وسورة النور.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، خط، هب، ((الضعيفة)) (2017)]

(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu biarkan mereka (para wanita) di dalam bilik dan janganah juga kamu mengajar mereka menulis, sebaliknya ajarkanlah kepada mereka pintalan dan surah al-Nur.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2017]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs