Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ajarkanlah kepada para wanita pintalan dan surah al-Nur

Teks Bahasa Arab

لا تُسْكنوهنَّ الغرفَ، ولا تُعلِّموهنَّ الْكتابةَ، وعلموهنَّ الغزلَ وسورةَ النُّورِ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kamu biarkan mereka (para wanita) di dalam bilik dan janganah juga kamu mengajar mereka menulis, sebaliknya ajarkanlah kepada mereka pintalan dan surah al-Nur.

Sahabat Perawi

  1. Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1247, hadis no. 6365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: لا تسكنوهن الغرف، ولا تعلموهن الكتابة، وعلموهن المغزل وسورة النور. [ابن حبان في ((الضعفاء))، خط، هب، ((الضعيفة)) (2017)]

(Palsu) Daripada 'Aishah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu biarkan mereka (para wanita) di dalam bilik dan janganah juga kamu mengajar mereka menulis, sebaliknya ajarkanlah kepada mereka pintalan dan surah al-Nur. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2017]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.