TEKS BAHASA ARAB
علموا رجالكم سورة {المائدة}، وعلموا نساءكم سورة {النور}.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ajarkanlah kepada golongan lelaki dalam kalangan kamu tentang Surah al-Maidah dan ajarkanlah kepada golongan wanita dalam kalangan kamu tentang Surah al-Nur.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1472, hadis nombor 7500. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مجاهد مرسلا: ((علموا رجالكم سورة {المائدة}، وعلموا نساءكم سورة {النور})).[سعيد بن منصور في ((سننه))، هب، ((الضعيفة)) (3879)]
(Lemah)
Daripada Mujahid secara mursal: Ajarkanlah kepada golongan lelaki dalam kalangan kamu tentang Surah al-Maidah dan ajarkanlah kepada golongan wanita dalam kalangan kamu tentang Surah al-Nur.
[Riwayat Sa'id bin Mansur dalam Sunan beliau, dan al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3879]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.