Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ajarkanlah kepada golongan lelaki dalam kalangan kamu tentang Surah al-Maidah

Teks Bahasa Arab

عَلِّمُوا رِجَالَكُمْ سورةَ {المائدة}، وعَلِّمُوا نِسَاءَكُمْ سُورَةَ {النور}.

Teks Bahasa Melayu

Ajarkanlah kepada golongan lelaki dalam kalangan kamu tentang Surah al-Maidah dan ajarkanlah kepada golongan wanita dalam kalangan kamu tentang Surah al-Nur.

Sahabat Perawi

  1. Mujahid

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1472, hadis no. 7500. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مجاهد مرسلا: ((علموا رجالكم سورة {المائدة}، وعلموا نساءكم سورة {النور})).[سعيد بن منصور في ((سننه))، هب، ((الضعيفة)) (3879)]

(Lemah) Daripada Mujahid secara mursal: Ajarkanlah kepada golongan lelaki dalam kalangan kamu tentang Surah al-Maidah dan ajarkanlah kepada golongan wanita dalam kalangan kamu tentang Surah al-Nur. [Riwayat Sa'id bin Mansur dalam Sunan beliau, dan al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3879]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.