Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلِّمُواْ نِسَاءَكُمْ سُورَةَ {الْوَاقِعَةِ}؛ فَإِنَّهَا سُورَةُ الْغِنَى.
Teks Bahasa Melayu
Ajarkanlah isteri-isteri kalian surah al-Waqi'ah kerana ia merupakan surah kekayaan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1291, hadis no. 6607. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: علموا نساءكم سورة {الواقعة}، فإنها سورة الغنى. [فر، ((الضعيفة)) (5668)].
(Lemah) Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ajarkanlah isteri-isteri kalian surah al-Waqi'ah kerana ia merupakan surah kekayaan. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5668].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman